How to Apply for Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4 0) | Cara Memohon PSU 4.0 | 如何申请 PSU 4.0 | PEMULIH



Hi Everyone!

Do you know how to apply for Program Subsidi Upah (4.0)?
In this video, I will share with you the step by step on how to apply for PSU 4.0.

How to Apply for PSU 4.0
The registration starts today on 1 August 2021, and the registration will close on 31October 2021.

You may log in to the following Perkeso website for registration:


Here are the FAQ taken from Perkeso website (it's in Malay):
1. Apakah Program Subsidi Upah (PSU)? • PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan. • Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. 2. Bilakah PSU 4.0 PEMULIH mula berkuatkuasa? • PSU4.0 PEMULIH berkuatkuasa pada 1 Ogos 2021. 3. Bilakah tarikh akhir permohonan PSU 4.0 PEMULIH? • Tarikh akhir permohonan PSU 4.0 PEMULIH adalah pada 31 Oktober 2021. 5. Apakah sektor yang terlibat dalam senarai negatif yang layak untuk bantuan 2 bulan tambahan PSU 4.0 PEMULIH? • Sektor ekonomi tersenarai dalam senarai negatif melibatkan aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian. • Senarai negatif Fasa Ketiga (Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat) yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi kerana melibatkan keramaian seperti penganjuran konvensyen dan di mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti pub, spa dan salon kecantikan. 6. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon PSU 4.0 PEMULIH? • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021; • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Jun 2021; • Majikan yang belum berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri; • Pekerja yang telah diberhentikan kerja; • Pekerja yang sedang digajikan di bawah program Insentif Penjana Kerjaya (Hiring Incentive); • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan); • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 4.0 PEMULIH selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO. 7. Bagi permohonan PSU 4.0 PEMULIH, apakah dokumen yang diperlukan? • Dokumen yang diperlukan ialah: i. Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan) ii. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja) iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan v. Akuan Pengisytiharan PSU 4.0 8. Apakah itu borang Akuan Pengisytiharan PSU4.0? • Akuan Pengisytiharan PSU4.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 4.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor. 9. Bagi majikan yang pernah menerima bantuan daripada Program Subsidi Upah (PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0), adakah majikan tersebut perlu mengemukakan permohonan baru? • Ya, semua majikan yang berkelayakan di bawah PSU 4.0 hendaklah mengemukakan permohonan baru di laman web prihatin.perkeso.gov.my. • Majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat setelah mendapat bayaran tuntutan bulan-bulan berikutnya, sekiranya berlaku perubahan kepada status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem. • Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. 10. Bolehkah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Jun 2021 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon PSU 4.0 PEMULIH? • Tidak, mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan PSU 4.0 hendaklah berdaftar dengan PERKESO serta SSM, PBT atau lain-lain badan professional sebelum 1 Jun 2021 dan mempunyai sekurangkurangnya seorang pekerja.



Are you applying for PSU 4.0?
Do you think the amount is sufficient?
Let us know your opinion in the comment below.
We would like to know your honest feedback.


Happy Investing! 😉

Post a Comment

0 Comments