Perkara Yang
Perlu Diketahui
Berkaitan Wang
Tak Dituntut
Bermula tahun 2020, pihak kerajaan melalui Jabatan
Akauntan Negara Malaysia telah memperkenalkan
portal yang membolehkan pengguna membuat
semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian. Kini,
pengguna hanya boleh menggunakan laman sesawang yang
telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk menyemak WTD.
FOMCA juga telah menerima banyak panggilan daripada
pengguna untuk mengetahui cara untuk menyemak WTD.
WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu
atau syarikat sama ada dalam bentuk akaun simpanan,
dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya, dan
tidak dituntut oleh pemiliknya untuk satu tempoh yang telah
ditetapkan. Sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu, jumlah
serahan WTD yang diterima oleh Jabatan Akauntan Negara
Malaysia adalah sebanyak RM10.862 bilion.
Apa itu Wang Tak Dituntut?
Terdapat tiga (3) kategori WTD:
1. Wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada
empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa
tidak kurang dari satu (1) tahun.
Contoh di bawah kategori ini ialah:
• gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang
kena dibayar kepada kakitangan
• dividen
• keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
• tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk
bayaran
• draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang
mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh
sah lakunya telah luput
• simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan
automatik) yang telah matang
• cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip
telah tercapai
• pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai
berbaki kredit
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak
dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun
dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7)
tahun
Contoh di bawah kategori ini ialah:
• akaun simpanan
• akaun semasa
• simpanan tetap (yang mempunyai arahan
pembaharuan automatik)
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah
tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam satu
tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun, seperti:
• akaun pemiutang dagangan
• akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut
Hanya individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat
semakan WTD secara atas talian melalui nombor pengenalan
diri dan nombor pendaftaran syarikat.
Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian
dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
Step 1: Layari pautan portal
https://egumis.anm.gov.my/
Step 2: Buat pendaftaran pengguna secara
atas talian. Pengguna akan terima emel
menyatakan kata laluan sementara untuk
log masuk ke portal.
Step 3: Log masuk portal menggunakan kata laluan
sementara yang diemel. Pengguna perlu
menukar kata laluan baharu.
Step 4: Kemaskini maklumat pengguna.
Step 5: Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN
WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat
semakan WTD melalui nombor pengenalan
diri dan cetak maklumat WTD tersebut
(jika ada).
Sekiranya pengguna tidak log masuk ke portal Electronic
Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS)
setelah menerima kata laluan sementara melebihi 30
hari, akaun pengguna tersebut akan dinyahaktifkan secara
automatik.
Semakan WTD atas talian boleh dibuat di portal rasmi
eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/. Sistem tersebut
boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauntan Negara
Malaysia bermula 1 Januari 2020.
Tempoh masa bagi akaun pengguna eGUMIS
Tempoh aktif adalah 6 bulan sahaja daripada tarikh terakhir
log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna akan
dinyahaktif secara automatik dan pengguna perlu mendaftar
sebagai pengguna baharu.
Senarai semak dokumen yang diperlukan eGUMIS
Bagi membuat permohonan tuntutan WTD, ada beberapa
dokumen perlu dibawa bersama antaranya:
Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
• Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) bagi
warganegara/pasport pemohon yang disahkan oleh
Notari Awam/Pegawai Konsulat Negara berkenaan bagi
bukan warganegara.
• Salinan cetakan carian WTD yang lengkap dengan
nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan
maklumat pemohon daripada portal eGUMIS.
• Dokumen asal (contoh: buku bank/sijil simpanan tetap
dan lain-lain).
• Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat
serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal
tiada.
• Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank
pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank
(bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
• Sekurang-kurangnya dua (2) daripada tiga (3) dokumen
berikut:**
i. Borang pembelian asal banker’s cheque/bank draf/
cashier’s order yang mempunyai cetakan bank yang
jelas bagi maklumat transaksi tersebut.
ii. Banker’s cheque/bank draft/cashier’s order yang
asal.
iii. Surat pengesahan daripada bank penyerah WTD
kepada Pendaftar yang menyatakan maklumat
pembeli dan penerima banker’s cheque/bank draft
/cashier’s order mengikut format yang ditetapkan
** Sekiranya individu yang ingin membuat permohonan
tuntutan WTD bagi jenis Banker’s Cheque, Bank Draf, Demand
Draf, Cashier’s Order.
Nota: Akaun tabung haji/Akaun pelaburan/Akaun pinjaman
tidak dibenarkan
Di manakah pemohon boleh mengemukakan permohonan yang lengkap?
Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wang
tak dituntut dan dokumen sokongan boleh dikemukakan
secara pos (digalakkan secara Pos Berdaftar) atau melalui
kaunter di kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di manamana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/
Cawangan seperti di pautan portal berikut: http://www.
anm.gov.my/index.php/direktori-ag/direktori-janm-negericawangan-bahagian-akaun-kementerian/maklumat-janmnegeri-dan-cawangan
Pejabat Pendaftar WTD
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Perbendaharaan 2
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8000 8600
Waktu urusan :
Isnin - Khamis: 9.00 pg - 3.00 ptg
Jumaat : 9.00 pg - 12.30 tgh hari
Tutup : Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Nota: Pendaftar mempunyai kuasa mutlak dan berhak
meminta apa-apa dokumen tambahan walaupun pemohon
telah menyertakan semua dokumen yang disenaraikan di
atas bagi tujuan pembayaran balik WTD kepada pemohon.
Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran
WTD dan bayaran serahan WTD adalah melalui Online
Banking.
FOMCA ingin mengingatkan para pengguna bahawa
Kementerian Kewangan Malaysia atau Pendaftar Wang
Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/
firma/syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk urusan
tuntutan bayaran balik WTD. Oleh itu, pastikan anda sentiasa
berwaspada sekiranya terdapat mana-mana pihak yang
cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj
tambahan kepada anda.
Sumber: www.anm.gov.my
Reference: https://www.bnm.gov.my/documents/20124///1207003b-02ec-eae2-aad0-52dddf2c3ac3/
0 Comments
What do you think of the post?
Kindly share your input, we want to hear from you.