Pengendali Takaful dan syarikat insurans kini semakin
inovatif dengan menawarkan pelbagai pakej untuk
disesuaikan dengan segmen masyarakat yang berbeza
berdasarkan kepada keperluan dan pendapatan. Tujuan
mereka adalah sama iaitu menyediakan perlindungan
sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Tetapi
bagaimana jika sesuatu yang tidak dijangka menimpa
penyedia takaful atau insurans anda?
Jangan khuatir! Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(PIDM) menyediakan perlindungan automatik kepada pemilik
polisi insurans dan sijil takaful di bawah Sistem Perlindungan
Manfaat Takaful dan Insurans untuk manfaat yang layak
sehingga RM500,000 sekiranya ahli penginsurans PIDM
muflis. Ahli penginsurans PIDM terdiri daripada syarikat
insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan (FSA) 2013 dan pengendali takaful yang dilesenkan
di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013.
Untuk layak mendapat perlindungan, sijil takaful atau polisi
insurans mesti dikeluarkan di Malaysia oleh ahli penginsurans
dan didenominasi dalam Ringgit Malaysia.
Tuntutan pihak ketiga yang layak, dividen tunai, anuiti/
pendapatan persaraan, pendapatan hilang upaya dan bayaran
balik sumbangan/premium prabayar juga dilindungi.
Manfaat yang dilindungi di bawah sijil atau polisi seseorang
individu, dan sijil atau polisi kumpulan dikira secara berasingan
dalam mencapai had maksimum, dengan itu menambah
nilai manfaat bagi pemilik sijil dan polisi. Selain daripada
itu, manfaat takaful dan insurans yang sama dengan ahli
penginsurans berbeza juga dilindungi secara berasingan.
Berdasarkan jadual, jumlah yang dilindungi adalah RM700,000
kerana amaun yang diinsuranskan oleh Polisi Kemalangan
Peribadi dan Polisi Hayat Encik Lim dengan XYZ Insurance
digabungkan berdasarkan kepada “penginsurans, pemilik
polisi, peristiwa risiko dan orang diinsuranskan yang sama”.
Sekiranya Encik Lim ingin mendapatkan perlindungan penuh
bagi manfaat takaful atau insuransnya, beliau boleh membeli
sijil takaful atau polisi insurans daripada ahli penginsurans
yang berbeza.
PIDM melindungi manfaat takaful dan insurans anda sekiranya
sesebuah ahli penginsurans muflis dengan dua cara:
• PIDM akan membuat pembayaran bagi manfaat yang
dilindungi kepada pemilik sijil atau polisi apabila berlaku
tuntutan, kematangan atau serahan sijil takaful atau
polisi insurans. Sebarang tuntutan adalah tertakluk
kepada syarat-syarat dan had yang dinyatakan dalam
kontrak takaful atau polisi.
• PIDM juga boleh menguruskan pemindahan sijil takaful
atau polisi insurans daripada ahli penginsurans yang
muflis kepada ahli penginsurans lain bagi memastikan
kesinambungan perlindungan bagi pemilik sijil takaful
atau polisi insurans.
Walaupun anda tidak perlu memohon atau membayar untuk
mendapatkan perlindungan PIDM, adalah penting untuk
mengetahui batasan had dan manfaat, supaya anda boleh
membuat pilihan yang tepat mengenai produk takaful dan
insurans.
Untuk mengetahui sama ada sesebuah syarikat insurans atau
pengendali takaful adalah ahli PIDM, semak untuk tanda
keahlian PIDM. Senarai ahli penginsurans PIDM juga boleh
didapati di laman web PIDM.
Hubungi PIDM untuk maklumat lanjut tentang PIDM dan
sistem perlindungan yang ditadbir di talian 1800-88-1266
atau layari www.pidm.gov.my.
Sumber: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
Reference:
https://www.bnm.gov.my/documents/20124///7ecbb7ed-fecf-28cb-1f0f-82f5b52b4950/
0 Comments
What do you think of the post?
Kindly share your input, we want to hear from you.